Saya minta maaf kepada rakan sepasukan, jurulatih dan penyokong – Sergio Aguero

555

Pemain Sri Pahang FC, Sergio Aguero meluahkan rasa sedihnya apabila kesilapannya menjadi salah satu faktor kekalahan pasukan mereka pada aksi final Piala Malaysia 2024/25 menentang JDT malam tadi.

“Dengan hati yang hancur, saya minta maaf kepada rakan sepasukan, staf kejurulatihan dan penyokong.

Yang kedua (kad kuning) mungkin kesilapan saya kerana bereaksi buruk. Saya tak sepatutnya berbuat demikian.”

katanya.

Pada final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi, Sri Pahang berjaya mendahului pada babak pertama sebelum Aguero dilayangkan kad merah selepas menerima dua kad kuning.


Mereka cuba mengekalkan rentak permainan bertenaga pada separuh masa kedua tetapi pasukan lawan yang bermain dengan kelebihan seorang pemain memanfaatkan peluang sekaligus berjaya menjaringkan dua gol sekaligus mempertahankan kejuaraan mereka.

Dalam pada itu, Aguero bangga dengan prestasi pasukan yang mana mereka sudah memberikan segala-galannya.

“Saya bangga dengan rakan sepasukan. Kami bertarung 10 pemain selepas saya dikeluarkan, tapi kami tidak pernah berputus asa.”

Aguero pada masa sama turut meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan mutu pengadilan yang disifatkan sebagai tidak konsisten sepanjang perlawanan.

Sementara itu, Aguero kekal komited bersama Sri Pahang yang mana beliau berkata mereka akan kembali dengan lebih gagah selepas ini.

“Ini bola sepak – kadang menang, kadang kalah. Yang penting, kami tak putus semangat. Musim depan, kami akan perbaiki kelemahan dan kembali lebih gagah.”