Selepas tamat perlawanan saya cium Arif Aiman kerana telah selamatkan saya – Park Jun-heong

1,780

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Park Jun-heong meluahkan rasa syukurnya selepas pasukannya berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dengan kemenangan 2-1 ke atas Sri Pahang FC malam tadi.

Jun-heong mengakui bahawa aksi final kali ini bukanlah sesuatu yang mudah.


“Ia memang perlawanan yang sangat sukar. Sri Pahang bermain dengan sangat baik malam ini. Saya menghormati mereka.

Kami sendiri tidak bermain begitu baik, tetapi yang penting, kami tetap berjaya meraih kejuaraan.”

katanya.

Ditanya mengenai pengalaman pertamanya bermain di Lembah Klang, Jun-heong tidak menyembunyikan keterujaannya dengan suasana luar biasa yang dicipta oleh penyokong tempatan.

“Ia memang hebat. Saya suka penyokong bola sepak Malaysia. Ia satu suasana yang luar biasa bagi saya.”

Dalam pada itu, Jun-heong juga sempat berkongsi tentang detik penting ketika Arif Aiman menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan.

“Saya sangat gembira. Selepas perlawanan, saya menciumnya kerana dia telah menyelamatkan saya.”