Konvensyen Rakan Muda 2025 perkukuh gerakan belia negara secara strategik

83

Konvensyen Rakan Muda 2025 yang menghimpunkan Kelab Rakan Muda dan Sekretariat Rakan Muda dari seluruh negara, menjadi platform penting dalam memperkukuhkan gerakan belia negara secara lebih strategik dan berstruktur.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, menegaskan bahawa Rakan Muda memainkan peranan penting sebagai sebuah gerakan nasional belia yang bersifat inklusif, progresif dan menyeluruh. 


Menurut beliau, usaha memperkasa Rakan Muda amat penting bagi memastikan suara dan tenaga belia terus menjadi nadi dalam pembangunan negara.

Konvensyen ini menampilkan pelbagai pengisian utama yang relevan dan berimpak tinggi, antaranya:

  • Forum Cabaran & Pengukuhan Peranan Rakan Muda
  • Sesi Menyemarakkan Semangat Volunteerisme
  • Pengukuhan Urus Tadbir Organisasi
  • Kaedah Pengurusan Organisasi & Penilaian Impak Program
  • Perbincangan Strategik “Rakan Muda: Are You Ready?”
  • Taklimat Dana Rakan Muda

Konvensyen ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memastikan penglibatan belia dalam pembangunan negara berjalan dengan lebih bermakna, teratur dan mampan.

Melalui Rakan Muda, belia akan terus diberi peluang untuk terlibat secara aktif melalui program pembiayaan, sesi bimbingan dan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan serta sektor swasta.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai penganjuran Konvensyen Rakan Muda 2025, orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Konvensyen Rakan Muda 2025 di Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menerusi talian 03-8871 3324 atau emel ke jbsn@kbs.gov.my.