Barcelona miliki kelebihan, Inter Milan tak senang duduk

549

Setelah PSG menundukkan Arsenal dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA awal pagi tadi, satu lagi pertembungan yang dinanti-nanti, iaitu Barcelona menentang Inter Milan akan berlangsung pada pagi esok.

Perlawanan akan berlangsung di stadium keramat Barcelona, Nou Camp dengan kedua-dua pasukan sedang dalam momentum yang berbeza.


Barcelona masih lagi segar dengan kejayaan menjulang Copa Del Rey, menewaskan musuh tradisi, Real Madrid pada hujung minggu lalu, manakala Inter Milan sedikit goyah apabila gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Walaupun di atas kertas Barcelona dilihat tiada masalah untuk menang, namun keadaan semasa kedua-dua pasukan tidak boleh dijadikan penentu perlawanan malam ini, kerana dalam Liga Juara-Juara segala-galanya boleh berlaku.

Perlawanan malam ini akan menampilkan dua kelab dengan falsafah berbeza; Barcelona yang mengutamakan penguasaan bola dan ‘pressing’ yang tinggi, menentang Inter Milan yang pragmatik dan berdisiplin serta berbahaya dalam serangan balas.

Isu Kecederaan & Penggantungan

Barcelona: Marc-André ter Stegen, Alejandro Balde, Robert Lewandowski tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Inter Milan: Benjamin Pavard terpaksa direhatkan selepas cedera buku lali, Marcus Thuram pula statusnya masih diragui.

Ramalan Kesebelasan Utama

Barcelona

Szczesny, Kounde, Cubarsi, Martinez, Martin, De Jong, Pedri, Yamal, Olmo, Raphinha, Torres.

Inter Milan

Sommer, Bisseck, Acerbi, Bastoni, Dumfries, Mkhitaryan, Calhanoglu, Barella, Dimarco, Martinez, Thuram

Ramalan keputusan

Walaupun Inter Milan berada dalam momentum yang tidak begitu baik ketika ini, Barcelona dijangka tidak mudah untuk menjinakkan Inter di Camp Nou. Inter sudah tentu akan bermain penuh disiplin dan menunggu ruang untuk melaksanakan serangan balas, manakala Barcelona pula akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri.

Keputusan dilihat bakal berpihak kepada kelab Catalan itu, tetapi dengan kelebihan jaringan satu gol. Keputusan 2-1 diliihat realistik berdasarkan kekuatan kedua-dua pasukan itu, dan aksi seterusnya di San Siro masih terbuka buat kedua-dua pasukan untuk menempah tiket ke perlawan akhir.