MFL tampil perjelas lanjutan tarikh akhir permohonan Lesen Kebangsaan
Pengelola liga Malaysian Football League (MFL) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan badan bebas First Instance Body (FIB) yang meluluskan permohonan lanjutan tarikh akhir bagi penyerahan dokumen Pelesenan Kelab untuk Lesen Kebangsaan musim 2024-2025.
Dalam kenyataan tersebut, MFL memberitahu bahawa keputusan tersebut dibuat mengikut peruntukan yang terkandung dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-2025, terutamanya Artikel 7 dan 8(a) yang memberi kuasa kepada FIB untuk menetapkan semula tarikh akhir berdasarkan prinsip keadilan semula jadi serta menilai setiap kes berdasarkan keadaan khusus.
Jawatankuasa FIB turut memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum kenyataan beberapa kelab Liga Super di media sosial yang membangkitkan isu tarikh akhir penyerahan dokumen tersebut.
“FIB menghargai usaha kelab-kelab yang telah berjaya memuat naik dokumen pelesenan dalam sistem AFC CLAS sebelum atau pada tarikh asal, iaitu 30 April 2025,” ujar kenyataan itu.
Namun, selepas menerima permohonan bertulis daripada beberapa kelab yang memohon lanjutan, FIB telah mempertimbangkannya dan bersetuju memberikan tempoh tambahan, dengan tarikh akhir baharu ditetapkan selewat-lewatnya pada 10 Mei 2025.
MFL berharap agar semua kelab yang terlibat dapat memanfaatkan lanjutan ini untuk melengkapkan segala dokumentasi dengan sempurna dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Terdahulu, Penang FC telah mengeluarkan kenyataan media susulan lanjutan tarikh akhir bagi penyerahan dokumen Pelesenan Kelab untuk Lesen Kebangsaan yang menyuarakan kebimbangan terhadap potensi kesan negatif sekiranya lanju