Sekyss puji momentum pasukan SRG selepas kemenangan ke atas Todak

120

Pemain jungler Selangor Red Giants OG Esports (SRG OG), Sekyss meluahkan rasa puas hati terhadap prestasinya selepas membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-0 menentang pasukan Todak dalam minggu ketiga MPL Malaysia Musim Ke-15 yang berlangsung di Stadium Juara, Mont Kiara.

Menurut Sekyss, beliau gembira dengan persembahannya kerana kejayaan pasukan adalah keutamaan. 


“Bagi saya, saya puas hati sebab kami menang, jadi tak ada sebab untuk kecewa,” 

katanya kepada Harimau Malaya.

ngulas mengenai kesan kemas kini terkini dalam permainan, terutama terhadap hero-hero jungler seperti Suyu yang menerima nerf, Sekyss mengakui terdapat sedikit kesan terhadap pemilihan hero. Namun, beliau tetap profesional dan mengikuti arahan jurulatih. 

“Saya cuma main elok-elok dengan hero yang coach bagi.”

Sekyss juga memuji keupayaan pasukannya untuk menyesuaikan diri dengan pantas terhadap patch baharu, lebih baik berbanding musim-musim terdahulu. 

“Kita pun ada hero baru seperti Kimmy, Meek, Skyline… jadi itu satu perkara positif buat pasukan kami.”

Dalam pada itu, ditanya mengenai baki lima perlawanan yang masih tinggal, Sekyss menegaskan kepentingan untuk mengekalkan momentum. 

“Yang paling penting adalah momentum. Kami akan teruskan apa yang kami buat sekarang.”

Sebagai penutup, Sekyss turut merakamkan penghargaan kepada penyokong SLG OG.