Kejohanan Coastal Rowing Tanjung Bungah: Langkah berani majukan sukan baharu di Malaysia

Pembangunan sukan di Malaysia kini menuntut satu perubahan radikal iaitu keluar daripada zon selesa dan membuka ruang kepada sukan-sukan baharu yang berpotensi besar.
Menerusi satu hantara di laman Facebook milik Menteri KBS, YB Hannah Yeoh, beliau berkata kejohanan Coastal Rowing yang berlangsung di Tanjung Bungah, Pulau Pinang merupakan contoh jelas usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk meneroka potensi sukan ini.
Menurut Hannah, meskipun sukan ini belum popular tapi ia mampu memberi impak besar dalam pelbagai aspek.
“Suka atau tidak, kita harus akui bahawa pembangunan sukan di Malaysia perlu bergerak di luar zon selesa.
Melalui Geran Padanan Sukan (GPS) RM60,000, kami menyokong penganjuran acara ini bukan sekadar untuk melatih atlet pembikinan menjelang Sukan Olimpik 2028 tetapi juga ia dapat menguji sejauh mana sukan ini boleh jadi pemangkin ekonomi tempatan dan pelancongan.”
Dalam pada itu, Hannah juga berkata kejayaan penganjuran tidak datang dari satu pihak sahaja, sebaliknya ia bergantung kepada kerjasama menyeluruh – daripada atlet yang berlatih gigih, jurulatih yang memberikan sepenuh komitmen, hinggalah para sukarelawan yang memastikan kelancaran acara.
Setiap peranan ini amat penting bagi memastikan kejohanan berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan.
Dengan pantai Tanjung Bungah sebagai lokasi strategik, kejohanan ini diharap menjadi permulaan kepada lebih banyak acara sukan air di seluruh negara.
“Terima kasih kepada semua yang telah terlibat – ini baru langkah pertama dalam mencorakkan masa depan sukan baharu Malaysia.”