Rifdean Masdor siap bertarung di ONE Championship: “Saya tak ada pilihan, kena menang!”

143

Atlet muaythai profesional negara, Rifdean Masdor, bakal membuat penampilan penting di pentas antarabangsa apabila dijadualkan bertarung dalam kejohanan ONE Championship pada 9 Mei ini. 

Walaupun tidak bertanding dalam kejohanan FURY baru-baru ini, kehadirannya tetap mencuri tumpuan para peminat yang ingin mengetahui perkembangan semasa beliau.


“Saya datang ke FURY dalam keadaan letih sebab pagi dah training, petang pun coach ‘barai’ lagi. Tapi tetap datang, sebab ini komuniti kita,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Rifdean turut menjelaskan ketiadaan beliau dalam senarai pertarungan FURY kerana beliau terikat kontrak dengan ONE Championship.

“Saya memang nak fight di FURY, tapi saya dah terikat dengan kontrak ONE Championship. Bila mereka panggil, saya tak boleh tolak. Ini masa depan saya.”

Rifdean turut mengakui betapa pentingnya peluang itu untuk kariernya dan menyatakan harapan untuk memperoleh kontrak jangka panjang bersama ONE. 

“Saya kena fokus dan buat yang terbaik. Kalah menang adat, tapi usaha kena 100%. Tapi saya tak ada pilihan… Saya kena menang!”

Dalam pada itu, mengulas mengenai cabaran terbuka daripada Redho Rocky, Rifdean menyatakan kesediaannya untuk bertarung di Byon 5 jika tiada halangan daripada ONE. 

“Kami tetap kawan, tapi kalau dalam ring, kita profesional. Kalau ada peluang, saya on.” 

Sementara itu, Rifdean Masdor bukan hanya mewakili Malaysia di pentas antarabangsa, tetapi menjadi simbol generasi muda yang gigih mengejar impian. 

Nantikan aksinya di ONE Championship – satu detik penting yang mungkin mengubah kariernya untuk selama-lamanya.