“Kelab bola sepak bukan skim cepat kaya! Dato’ Sri Vida tidak minat lagi dalam industri bola sepak!”

27

Temubual eksklusif bersama Pengasas Ortan FC Football Academy, Ammar Zahar mengenai situasi bola sepak di Malaysia. Beliau juga pernah bersama Dato’ Sri Vida hampir membeli pasukan Kelantan The Red Warrior satu ketika dulu.

Ammar juga mencadangkan pemilikan kelab bola sepak di Malaysia bersama penyokong dengan mengumpulkan dana untuk beli Perak FC dari XOX. Kumpul 10,000 orang dengan RM500 setiap orang setahun, dan boleh jadi pemilik bersama – cukup bajet main liga setiap tahun.