Isu tunggakan gaji KDN FC bakal selesai dalam masa terdekat

Selepas terpalit dengan sekatan perpindahan pemain oleh FIFA baru-baru ini, Kelantan Darul Naim FC (KDN) mengambil Langkah serius dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain.
Presiden KDN, YB Rozi Muhamad, pihak pelab sudah pun berjaya melunaskan tiga bulan bayaran tertunggak setakat ini dan berbakit empat bulan gaji lagi yang masih belum selesai.
Menurut Rozi, pada minggu hadapan mereka akan membayar baki dua bulan pada minggu hadapan iaitu sebelum 15 Mei ini.
Dalam pada itu, Rozi juga berkata bagi pemain yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua, baki tunggakan gaji mereka hanya melibatkan dua bulan, sekaligus menunjukkan situasi yang lebih terkawal.
Pihak KDN ketika ini sedang berusaha untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji pemain bagi memastikan mereka dapat menepati syarat yang telah ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) dan jawatankuasa First Instance Body (FIB) bagi mendapatkan Lesen Kebangsaan untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2025/26.