MLS cipta sejarah susulan LAFC & Inter Miami antara 5 kelab bernilai lebih $1 bilion dalam bola sepak dunia

14

Walaupun Major League Soccer (MLS) masih belum setanding kelab-kelab elit Eropah dari segi prestasi di padang, nilainya sebagai francais sukan kini mencapai tahap luar biasa. 

Dipetk dari Foxsports, laporan tahunan Sportico yang diterbitkan baru-baru ini menyenaraikan 50 kelab bola sepak paling bernilai di dunia, dan mengejutkan ramai apabila 19 kelab daripada MLS tersenarai yang menyaksikan ia lebih banyak daripada Liga Perdana Inggeris yang hanya mempunyai 14 wakil.


Bintang utama senarai ini adalah Real Madrid, yang muncul sebagai kelab pertama menjana lebih $1 bilion dalam pendapatan tahunan, sekaligus menduduki tempat teratas dengan penilaian $6.53 bilion. 

Diikuti oleh Manchester United ($6.09B) dan Barcelona ($5.71B). Namun, yang menarik perhatian adalah kedudukan kelab MLS seperti LAFC (tempat ke-16, $1.28B), Inter Miami yang dipimpin Lionel Messi (ke-17, $1.3B), LA Galaxy ($1.11B), Atlanta United ($1.08B) dan New York City FC ($1B).

Walaupun pendapatan kelab MLS lebih rendah berbanding kelab Eropah dengan sebagai contoh, NYCFC hanya meraih $79 juta tahun lalu, berbanding West Ham United di tempat ke-21 yang menjana empat kali ganda tetapi kelebihan MLS adalah pada kestabilan kos, struktur liga tanpa penyingkiran, dan sistem had gaji. 

Ini menjadikan pelaburan dalam kelab MLS lebih selamat dan berpotensi tinggi untuk berkembang.

Sportico menyatakan bahawa nilai MLS semakin meningkat kerana struktur ekonomi yang lebih mampan. 

Tanpa risiko penyingkiran dan dengan pengurusan kewangan yang lebih cekap, MLS semakin dilihat sebagai model perniagaan masa depan dalam industri bola sepak global.