Jordan Boy vs Ammarul di Byon Combat 5: “Best man win the ring”

Atlet tinju dan muaythai profesional negara, Jordan Boy, bersedia untuk kembali ke gelanggang dalam pertarungan yang dinanti-nantikan menentang Ammarul di Byon Combat 5 yang akan berlangsung pada 28 Jun 2025.
Menurut Jordan Boy, biarpun beliau berat hati untuk bertarung dengan sesama atlet tempatan, namun beliau terpaksa berbuat demikian untuk dapatkan ‘rematch’ dengan Seriel Effendy.
“Saya memang tak nak fight ni sebenarnya. Tapi saya terpaksa. Sebab nak dapat rematch dengan Seriel Effendy, saya kena menang fight ni dulu,”
katanya kepada Harimau Malaya.
Tambahnya lagi, walaupun Ammarul menganggap beliau sebagai idola dan teruja untuk bertarung, Jordan tetap akan memberi persembahan terbaik.
“Best man win the ring. Saya tahu dia budak baru, dia lapar. Tapi saya orang lama, saya main atas pengalaman.”
Dalam pada itu, Jordan Boy turut memaklumkan bahawa beliau sudah pun memulakan latihan intensif sejak dua minggu lalu dan akan terus fokus dalam tempoh dua bulan menjelang pertarungan.
“Training, fitness, strength conditioning, and cutting weight. InsyaAllah, kita akan bagi best game.”
Byon Combat 5 bakal menyaksikan pertembungan generasi baru dan lama dalam sukan muaythai tempatan.
Sementara itu, Jordan Boy turut gembira dengan kejayaan Chima di FURY Championship baru-baru ini.
“Alhamdulillah, rezeki dia malam ni. Hari tu di Indonesia, dia bukan kalah sebab fight, tapi kalah dengan diri sendiri. Dia give up. Tapi kali ini, cukup satu round saja untuk dia habiskan game.”