IFFHS iktiraf Messi sebagai GOAT
Legenda bola sepak Argentina, Lionel Messi, sekali lagi mencipta sejarah apabila beliau baru-baru ini dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Sepanjang Zaman oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) baru-baru ini.
Pengiktirafan berprestij ini menyaksikan Messi mengatasi beberapa nama besar lain dalam dunia bola sepak, termasuk Cristiano Ronaldo, Pelé, Diego Maradona, dan Zinedine Zidane.
IFFHS, sebuah badan bebas yang berpangkalan di Jerman, membuat penilaian berdasarkan pencapaian individu dan pasukan, konsistensi prestasi, serta impak pemain terhadap sejarah bola sepak dunia.
Berikut adalah senarai 10 pemain terbaik sepanjang zaman menurut IFFHS:
- Lionel Messi (Argentina)
- Pelé (Brazil)
- Diego Maradona (Argentina)
- Cristiano Ronaldo (Portugal)
- Johan Cruyff (Belanda)
- Ronaldo Nazário (Brazil)
- Zinedine Zidane (Perancis)
- Franz Beckenbauer (Jerman)
- Alfredo Di Stéfano (Argentina/ Sepanyol)
- Ronaldinho (Brazil)
Messi, yang kini bermain bersama Inter Miami selepas menamatkan karier gemilangnya di Eropah bersama Barcelona dan PSG, telah memenangi hampir setiap kejuaraan utama yang ditawarkan dalam dalam bola sepak.
Antara penghargaan yang pernah diraihnya termasuk Ballon d’Or sebanyak lapan kali, Piala Dunia FIFA 2022 bersama Argentina, serta berpuluh-puluh trofi domestik dan antarabangsa bersama kelab dan negaranya.
Dalam kenyataan balas kepada pengiktirafan tersebut, Messi merendah diri dan menyatakan bahawa pencapaiannya adalah hasil kerja keras serta sokongan daripada rakan sepasukan, jurulatih, dan keluarga.
“Saya hanya mahu bermain bola sepak dan membuat peminat gembira. Penghargaan seperti ini adalah bonus yang sangat besar,” katanya.
Pengiktirafan IFFHS ini hanya mengukuhkan lagi gelarannya sebagai Greatest of All Time – GOAT.