Amorin terbuka untuk mana-mana pemain yang menonjol sarung jersi Manchester United termasuk pemain dari ASEAN

115

Ketua jurulatih kelab gergasi dunia Manchester United, Ruben Amorin mengakui beliau tidak mengikuti perkembangan bola sepak di Rantau Asia Tenggara (ASEAN), namun beliau sentiasa terbuka untuk mana-mana pemain yang menonjol untuk sarung jersi kelab itu.

“Kami mahukan pemain terbaik di dunia. Jika saya melihat seseorang pemain itu benar-benar berkualiti dan beliau menunjukkan prestasi luar biasa, kami pasti akan mempertimbangkan,”

katanya.

Amorin berkata demikian ketika sidang media menjelang perlawanan Maybank Challenge Cup menentang ASEAN ALL-Stars yang akan berlangsung pada Rabu di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Menurut pengendali dari Red Devils itu, perlawanan menentang ASEAN All-Stars bukan sekadar perlawanan ‘exhibition’, sebaliknya satu platform penting untuk pembangunan pasukan.

“Setiap perlawanan yang kami bermain, kami memikul tanggungjawab besar kerana seluruh dunia menonton. Jadi sangat penting untuk kami kerana mana-mana perlawanan kami akan menggunakannya untuk memperbaiki pasukan.

Hampir seluruh skuad berada di sini kecuali Noussair Mazraoui mengalami kecederaan pada hari Ahad lalu tapi yang lain semua ada. Kami juga bawa pemain muda untuk memahami apa ertinya bermain untuk Manchester United. Jadi perlawanan ini penting buat kami.”

Dalam pada itu, Amorim juga menyentuh mengenai perancangannya untuk musim depan, memandangkan United tidak akan bersaing dalam kejohanan Eropah.

“Tidak bermain di UCL mungkin beri kelebihan – dari segi prestasi dan persediaan. Kami tak perlukan skuad besar, jadi ini peluang baik untuk memberi tumpuan kepada pembangunan dan kestabilan pasukan.”

Sementara itu, Amorin turut mengulas lanjut mengenai masa depan kapten pasukan, Bruno Fernandes, turut dibangkitkan yang mana beliau menyatakan keyakinannya terhadap pemain itu dan menegaskan pentingnya peranan Bruno dalam membina semula pasukan.

“Kami sudah bincang tentang perkara itu banyak kali. Anda boleh lihat melalui prestasinya, kepimpinannya, dan semangatnya terhadap permainan. Ia sangat penting, terutamanya dalam saat-saat seperti ini.

Dalam perlawanan terakhir, saya rasa pasukan bermain tanpa tekanan. Mereka beraksi agak baik, semua mahukan bola. Tapi kami juga hadapi beberapa detik sukar.

Dalam saat-saat sukar itu, anda boleh lihat bahawa Bruno adalah orang yang mengambil tanggungjawab tersebut. Dia memang sepatutnya begitu, kerana dia kapten, dia berpengalaman, jadi dia sangat penting untuk kami dan sangat penting dalam apa yang kami cuba bina bersama pasukan.”