realme lancar GT 7, ‘flagship killer’ dengan harga bermula RM1,999
Jenama teknologi terkemuka, realme baru-baru ini telah memperkenalkan telefon pintar terbarunya, realme GT 7 bersama realme GT 7 Dream Edition, dalam usaha meneruskan komitmen jenama itu terhadap inovasi dan prestasi tinggi.
Model terbaru ini, yang digelar sebagai “Flagship Killer 2025” menandakan komitmen realme terhadap inovasi dan kecemerlangan, memperkenalkan prestasi berkuasa dan rekaan yang menawan kepada pengguna global.
realme GT 7: Flagship Killer 2025
realme GT 7 tampil dengan spesifikasi kelas tertinggi, termasuk penggunaan cip MediaTek Dimensity 9400e, yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Ia turut hadir dengan bateri titan 7000mAh, pengecasan pantas 120W Ultra Charge, dan sistem penyejukan unik melalui panel belakang IceSense Graphene – pertama di dunia.
Antara ciri paling menonjol ialah AI Planner, perancang harian berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pengguna menyusun jadual hanya dengan satu sentuhan.
Selain itu, kamera AI Travel Snap dengan sensor Sony IMX906 membolehkan rakaman berkualiti tinggi termasuk dalam mod bawah air 4K.

Paparan 6.78 inci AMOLED Pro-Esports menyokong kadar kecerahan sehingga 6000 nits, serta mempunyai penarafan IP69 – menjadikannya tahan lasak untuk penggunaan ekstrem.
GT 7 ditawarkan pada harga RM2,599 dengan pilihan warna IceSense Blue dan IceSense Black, serta jaminan kemas kini sistem operasi selama 4 tahun dan kemas kini keselamatan selama 6 tahun.
realme GT 7 Dream Edition: Sentuhan Mewah Aston Martin
Menjadi tarikan utama pelancaran ialah model eksklusif GT 7 Dream Edition, direka bersama pasukan Aston Martin F1.
Menampilkan warna ikonik Racing Green, garis aerodinamik khas, dan logo Silver Wings, model ini turut disertakan aksesori eksklusif seperti sarung telefon edisi khas dan pin kad SIM berbentuk kereta lumba.
Dengan spesifikasi 16GB RAM dan 512GB storan, GT 7 Dream Edition dijual pada harga RM2,999.

realme GT 7T: Flagship dalam Segmen Harga Pertengahan
realme turut memperkenalkan model GT 7T yang dikuasakan cip Dimensity 8400-Max, membawa prestasi tinggi ke segmen pertengahan. Ia berkongsi banyak ciri dengan GT 7, termasuk bateri 7000mAh, pengecasan 120W, AI Planner, serta panel IceSense.
Model ini ditawarkan pada harga RM1,999, turut hadir dalam dua warna sama iaitu IceSense Blue dan Black.

Gabungan AI Google Gemini Tingkatkan Produktiviti
Kesemua model siri GT 7 kini didatangkan dengan integrasi Google Gemini AI, membolehkan ciri seperti AI Translator, AI Eraser 2.0, dan AI Tools 2.0.
Ia memberikan pengalaman pengguna yang lebih intuitif dan produktif melalui pemprosesan multimodal yang pintar.
Harga dan Promosi Khas
Pra-tempahan telah dibuka sehingga 30 Mei 2025, dan penghantaran bermula pada 31 Mei 2025.
Pembeli terawal boleh menikmati hadiah bernilai sehingga RM997, termasuk selfie stick, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin.
| Model | Harga | Konfigurasi | Warna |
|---|---|---|---|
| realme GT 7 | RM2,599 | 12GB+512GB | IceSense Blue / Black |
| realme GT 7T | RM1,999 | 12GB+512GB | IceSense Blue / Black |
| realme GT 7 Dream Edition | RM2,999 | 16GB+512GB | Racing Green |