Dah pandai nyanyi Negaraku sikit-sikit, Malaysia di hati saya! – Gabriel Palmero

182

Pemain warisan baharu skuad bola sepak kebangsaan, Gabriel Palmero mengakui bahawa beliau sedang berusaha untuk mempelajari untuk menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.

Buat masa ini, beliau sudah boleh menyanyikan Negaraku sedikit demi sedikit, dan memahami maksud lagu tersebut.


“Saya cuba untuk nyanyi lagu Negaraku, sekarang saya boleh nyanyi sikit-sikit dan saya faham maksudnya,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas tamat aksi perlawanan persahabatan menentang Cape Verde di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Mengenai debutnya dalam perlawanan tersebut, beliau masih belum berpuas hati dengan persembahannya dan mahu terus bekerja keras untuk meningkatkan prestasinya.

Beliau mahu memastikan dirinya tampil dengan aksi terbaik ketika menyarung jersi kebangsaan.

Tambahnya, walaupun mengalami beliau tidak begitu mahir dalam berbahasa Inggeris, tidak menjadi masalah untuknya berkomunikasi dengan rakan sepasukan di dalam dan luar padang.