Malaysia tolak jemputan Indonesia kerana sudah punya perancangan lebih menarik September ini – Peter Cklamovski

1,107

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Peter Cklamovski menjelaskan bahawa mereka menolak jemputan daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada September depan kerana sudah mempunyai pelan yang lebih awal dirancang dan telah disahkan sejak beberapa minggu lalu.

“Kami sudah ada rancangan yang telah disahkan. Ia tidak melibatkan Indonesia, tetapi saya yakin rakyat Malaysia akan teruja apabila ia diumumkan kelak,”

katanya.

Cklamovski berkata demikian selepas Presiden PSSI, Erick Thohir dalam kenyataan kepada media Indonesia mengesahkan bahawa mereka telah menjemput beberapa negara termasuk Malaysia, Kuwait dan Lubnan untuk menyertai aksi persahabatan tersebut, namun, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasmi memutuskan untuk tidak menyertai kejohanan itu.

Keputusan itu menyaksikan harapan peminat bola sepak serantau untuk menyaksikan satu perlawanan epik antara Malaysia dan Indonesia tidak kesampaian.

Sementara itu, tumpuan kini terarah kepada aksi menentang Vietnam pada 10 Jun ini untuk aksi penting pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027, para penyokong Harimau Malaya pasti menantikan pengumuman rasmi FAM mengenai rancangan besar pasukan negara bagi jendela FIFA akan datang.