Aidil Sholeh pasang impian ke Piala Thomas 2026

69

Pemain badminton profesional perseorangan negara, Aidil Sholeh memasang impian untuk terpilih ke keiohanan berpresti, Piala Thomas pada tahun hadapan.

Impian Aidil ke keiohanan tersebut tampak cerah selepas beliau mempamerkan prestasi cemerlang pada tahun in termasuk beriaya merangkul kejuaraan di kejohanan Sri Lanka International pada Mac lepas.


“Saya harap saya dapat bermain di Thomas Cup tahun hadapan sebab Malaysia hanya memerlukan lagi seorang pemain perseorangan lelaki selepas Lee Zi Jia,” 

katanya kepada Harimau Malaya.

Aidil bagaimanapun berkata cabaran yang perlu dihadapi untuk merealisasikan impian tersebut adalah mendapatkan dana supava beliau dapat terus konsisten menyertai kejohanan dalam dan luar negara.

Ini kerana dengan penyertaan ke kejohanan kompetitif akan mencerahkan lagi peluang untukya terpili ke dalam skuad negara ke kejohanan terbesar dunia itu.

“Buat masa in sava hanya ada satu dana iaitu daripada Akademi Sports Affair dan jurulatin yang tetapkan kejohanan yang saya perlu sertai.”

Sebelum ini, Aidil yang merupakan pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama, lima tahun terpaksa mengambil untuk keluar dari badan induk badminton negara itu de prestasinva yang merudum.

Dalam pada itu, jurulatin Seto Danu yakin dengan potensi Aidil yang mampu untuk pergi ke tahap seterusnya memandangkan tahun ini pemain berusia 24 tahun itu menuniukkan peningkatan yang positif.

“Aidil, seseorang yang jarang mengalami kecederaan tidak seperti pemain perseorangan lelaki yang lain. Oleh sebab itu, saya boleh ‘push’ dia.”

Tambahnya lagi, Aidil mempunyai semangat juang yang tinggi dan mampu untuk memperbaiki kedudukannya lagi.

“Saya selalu ingatkan Aidil untuk tetapkan sasaran setiap kali latihan untuk capai kedudukan yang lebih tinggi supaya mudah dapat dana.”

Seto turut mendedahkan bahawa Aidil perlu membelanjakan kira-kira RM10,000 untuk menyertai kejohanan di Asia, manakala untuk kejohanan di Eropah pula boleh mencecah RM20, 000.

Sementara itu. Seto turut menyatakan bahawa Aidil akan terbang ke Indonesia untuk menjalani latihan bersama pemain terkemuka Indonesia, Jonatan Christie sebelum beliau berlepas ke Macau untuk kejohanan Macau 300 pada hujung Julai.