“Saya terharu ada 2 fans yang saya kenal, sokong kami daripada kosong hingga sekarang ini!”

Temubual bersama pengurus pasukan HOKMY Black Shrew Esport, Joker dan pemain Black Shrew Esport, MusangKing selepas tamat perlawanan Upper Bracket Semifinals MY Honor of Kings League Spring 2025 menentang pasukan O2 Esports di Sunway Pyramid Shopping Mall.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 3-0 berpihak kepada Team Black Shrew Esport. Mereka akan mewakili Malaysia ke Honor of Kings World Cup 2025 di Riyadh, Arab Saudi.