PUBG Mobile lancar kolaborasi bersama siri anime Attack On Titan

Permainan video battle royale PUBG Mobile menarik perhatian penggemar anime dengan melancarkan kolaborasi bersama siri anime popular, Attack On Titan di Sunway Velocity Mall baru-baru ini.
Acara yang diadakan sempena mempromosikan kemas kini PUBG Mobile versi 3.8 “Steampunk Frontier” itu berjaya mengumpul hampir 10,000 peminat seluruh malaysia, menarik minat pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.
Selain itu, beberapa aktiviti lain diadakan seperti photobooth interaktif, sesi undian peminat, sesi permainan live, kuiz meneka bunyi senjata.
Ia berjaya menarik peminat tidak kira lama atau baharu dengan kandungan terbaharu PUBG Mobile, menunjukkan satu kejayaan besar dalam komuniti ACG Malaysia.
Acara ini membuktikan bukan sahaja pengalaman permainan yang menarik, malah pengalaman dunia nyata yang luar biasa dan bermakna!
kata Eugene Chin, Pengurus (Malaysia) Tencent Game.
Beliau juga tidak sabar menantikan kolaborasi akan datang yang terus membakar semangat peminat PUBG Mobile dan Attack On Titan.
Dalam pada itu, pemain mesti teruja mendalami dunia permainan online ini dalam versi baharu dengan kehadiran watak ikonik seperti Eren Yeager, Armin Arlert, dan Mikasa Ackerman.
Para peminat baharu juga disarankan untuk muat turun PUBG Mobile Versi 3.8 dan main secara percuma.