Skuad Wanita B-19 cemerlang tewaskan Kemboja 4-0

Pasukan bola sepak wanita B-19 kebangsaan berkongsi mata di tangga pertama kumpulan bersama Thailand selepas berjaya mengumpul tiga mata penuh menewaskan Kemboja, semalam.
Walaupun Malaysia diletakkan dalam kumpulan bersama pesaing yang kuat, Ketua Jurulatih Wanita B-19, Cameron Ng percaya beliau telah mempersiapkan mental anak buahnya.
“Sudah tentu kami berada dalam kumpulan yang sukar dalam kelayakan ini, namun ini merupakan titik untuk bergerak ke peringkat seterusnya,”
katanya.
Beliau juga berkata jika permainan bagus ditunjukkan pada dua perlawanan seterusnya, ia akan lebih membuka ruang dan mempersiapkan mental skuad remaja kebangsaan untuk ke kejohanan antarabangsa.
Dalam pada itu, ketua pasukan, Dhiyaa Addin yakin dengan persembahan rakan-rakannya walaupun negara lain berada di ranking teratas.
“Bola itu bulat, apa yanga ada di atas kertas tidak sama seperti apa yang ditunjukkan di atas padang nanti,”
katanya.
Walaupun ini merupakan kali terakhir Dhiyaa bermain bersama skuad B-19 tahun negara, beliau berharap agar layak sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir dan menamatkan kedudukan di podium pada kejohanan ini.
Selepas ini, skuad wanita B-19 negara akan menentang pendahulu kumpulan, Thailand pada hari esok di Ho Chi Minh, Vietnam.