Mikel Jauregizar nafi ada keturunan Malaysia, anggap khabar angin tak masuk akal

304

Pemain muda berbakat Athletic Club, Mikel Jauregizar, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkannya dengan keturunan Malaysia dan kemungkinan bakal menjadi pemain warisan baharu untuk skuad Harimau Malaya.

Jauregizar menafikan perkara tersebut dalam satu temubual bersama media Sepanyol selepas ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa beliau mempunyai darah Malaysia dan sedang dipertimbangkan untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan Malaysia.


“People make up anything!” katanya ringkas.

Beliau turut menambah bahawa berita tersebut hanyalah rekaan semata-mata dan langsung tidak berasas.

“Mustahil. Itu satu pembohongan. Kawan-kawan saya hantar video seorang wartawan di sana yang mereka cerita kononnya saya ada darah Malaysia.”

Kenyataan itu sekali gus menamatkan spekulasi yang mula tersebar di media sosial sejak beberapa minggu lalu, termasuk dakwaan kononnya pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang berusaha mendapatkan khidmatnya sebagai pemain warisan.

Dalam pada itu, Jauregizar, yang kini sedang mewakili Sepanyol B-21 di Kejohanan Eropah, baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak bersama Athletic Club sehingga 2031 dan menyatakan dengan jelas bahawa beliau mahu kekal bersama kelab itu serta hidup dekat dengan keluarganya di kampung halaman, Bermeo.

Sementara itu, beliau turut menegaskan komitmen penuhnya kepada Sepanyol dan Athletic Club, serta menolak sebarang kemungkinan untuk mewakili negara lain.