eArena dari Thailand juara PSML Sea Summer 2025

51

Pasukan eArena dari Thailand menjulang kejuaraan Super League (PMSL) Sea Summer 2025 bertempat di Jakarta, Indonesia Ahad lepas.

Kejayaan ini menyaksikan eArena menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mengumpul 148 Smash Points sekaligus dinobatkan sebagai juara keseluruhan PMSL.


Selain itu, mereka turut membawa pulang trofi kejuaraan serta wang tunai bernilai USD 51,950 sekaligus menempah slot ke PUBG Mobile World Cup (PMWC) 2025 di Riyadh .

Dalam pada itu, dua pasukan lain iaitu AE Rosemary (Indonesia) dan Team Secret (Vietnam) juga layak secara automatik ke PWMC bersama eArena pada bulan Ogos akan datang.

Pengurus Negara Tencent Games Malaysia, Eugene Chin meluahkan rasa bangga terhadap pasukan Malaysia yang menunjukkan semangat daya saing di pentas PMSL Sea Summer 2025.

“Kami amat berbangga dengan CDAL dan SEM9 kerana mara ke Grand Finals dan tidak lupa juga kepada Homebois, Maqna Esports Club, New Era dan Todak atas prestasi cemerlang mereka di peringkat liga,” katanya.

Sementara itu, wakil dari Malaysia iaitu CelcomDigi Alliance (CDAL) dan SEM9 menamatkan saingan di tempat ketujuh dan ke-12.