“Buat team sendiri untuk cabar diri bermula dari bawah! Target memang nak ke MPL dan M7!”
Temubual bersama pemain pasukan MAL MY Team CG Esports, CikuGais selepas tamat Grand Finals Kejohanan MLBB Academy League (MAL MY S3) menentang Team GamesMY Kelantan di Quill City Mall, Kuala Lumpur.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 4-0 berpihak kepada Team CG Esports. Sekaligus menjadi juara MLBB Academy League Season 3 (MAL MY S3).