CG Esports juara MAL Musim 3, pamer dominasi ke atas GMXK
CG Esports menamatkan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Academy League (MAL) Musim 3 dengan penuh bergaya apabila membenam GamesMY Kelantan (GMXK) 4-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung baru-baru ini.
Dengan kemenangan, CG Esports dinobatkan sebagai juara MAL MY Musim 3 dan secara rasmi melangkah ke pentas MPL Malaysia Musim Ke-16.
GMXK pula, meskipun tewas di pentas akhir, telah lebih awal mengesahkan tempat mereka ke MPL apabila berjaya menewaskan JP Niners dalam Challenger Conference Finals (CC Finals) dengan keputusan 3-1.
Dalam aksi akhir tersebut, ‘jungler‘ pasukan CG Esports, Garyy telah dinobatkan sebagai Finals MVP.
realme 14 5G – nadi kelancaran kejohanan MAL Musim 3
Kejohanan MAL kali ini turut disokong oleh realme 14 5G sebagai peranti rasmi kejohanan, membawakan prestasi stabil dan lancar kepada semua peserta yang bertanding.
Dengan cip Dimensity 6100+ 5G dan kadar refresh 120Hz, telefon pintar ini direka khusus untuk permainan mudah alih kompetitif.
Selain prestasi, realme 14 5G tampil dengan reka bentuk bergaya ultra nipis dan skrin FHD+ bersaiz 6.72 inci yang memberi paparan luas dan jelas — faktor penting dalam permainan MLBB yang pantas dan berintensiti tinggi.
Tambahan pula, dengan bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W SUPERVOOC, para pemain tidak perlu risau tentang kehabisan bateri ketika sedang bertarung.
Sebagai peranti rasmi MAL, realme 14 5G telah menjadi tulang belakang kepada kelancaran kejohanan sepanjang musim, membuktikan bahawa prestasi tinggi tidak semestinya datang dengan harga yang melambung.
CG Esports mampu jadi ancaman di MPL
CG Esports menunjukkan kehebatan mereka sejak peringkat kumpulan lagi, dan memastikan mereka terus mendominasi pentas MAL Musim 3 dengan kemenangan bersih 4-0 dalam format ‘best-of-seven‘.
Kemenangan dominan ini menandakan CG Esports sebagai antara pendatang baharu yang berpotensi mencabar pasukan elit MPL akan datang.
Walaupun tidak berjaya membawa pulang trofi, pencapaian layak ke MPL tetap membanggakan buat GMXK, yang menunjukkan prestasi konsisten sepanjang musim MAL.
Peminat MLBB Malaysia kini menantikan bagaimana dua pendatang baharu ini akan menyesuaikan diri dengan rentak kompetitif MPL dan sejauh mana mereka mampu mencabar nama-nama besar liga.