Xhaka tiba di UK, bakal sertai Sunderland dengan nilai £17.3 juta

73

Pemain tengah berpengalaman, Granit Xhaka selangkah lagi akan menyertai Sunderland selepas tiba di United Kingdom menaiki jet peribadi pada petang Isnin.

Dipetik dari Skysports, kehadiran Xhaka turut disertai pemilik kelab, Kyril Louis Dreyfus, sekali gus menguatkan lagi spekulasi perpindahan mengejut pemain antarabangsa Switzerland itu.


Sunderland telah bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai £13 juta bersama tambahan £4.3 juta bersama Bayer Leverkusen bagi menandatangani pemain berusia 32 tahun itu.

Difahamkan, Xhaka akan menjalani ujian perubatan pada Selasa sebelum melengkapkan kontrak selama tiga tahun bersama kelab yang baru dinaikkan ke Premier League musim ini.

Perpindahan ini menjadikan perbelanjaan Sunderland meningkat kepada £112 juta dalam jendela perpindahan semasa.