ADIDAS & LIVERPOOL FC lancar jersi ‘HOME’ & ‘AWAY’ baru untuk musim 2025/26

163

Buat pertama kali dalam tempoh 13 tahun, adidas dan Liverpool FC kembali bekerjasama dengan melancarkan jersi Home dan Away baharu untuk musim 2025/26. 

Selepas mencipta sejarah bersama pada era 1985–1996 dan 2006–2012, tiga jalur ikonik adidas kini kembali dengan teknologi prestasi terkini dan gaya hidup moden buat pemain serta peminat.


Jersi Home Liverpool 2025/26 tampil dengan warna merah ‘dark strawberry’ dan tiga jalur putih di lengan. Ia menampilkan logo Liver Bird klasik di dada, kolar leher bulat moden dan ribbing eksklusif di pergelangan lengan. Dipadankan dengan seluar pendek serta stokin merah yang turut memaparkan logo LFC dan adidas.

Jersi Away pula berinspirasikan rekaan klasik dengan warna asas ‘cream off-white’ serta perincian hitam dan merah. Logo Liver Bird diletakkan dalam bentuk perisai yang diinspirasikan daripada reka bentuk asal Main Stand Anfield 1906. Ia hadir dengan dua pilihan kombinasi seluar pendek dan stokin: hitam/krim dan krim/hitam.

Jersi ini direka untuk prestasi tinggi dengan teknologi terkini adidas – versi pemain membolehkan pengaliran udara maksimum manakala versi peminat menggunakan bahan menyerap peluh. 

Bersama pelancaran ini, adidas turut memperkenalkan jersi pra-perlawanan, jaket anthem Z.N.E. dan kasut adidas Samba edisi khas Liverpool. 

Jersi pra-perlawanan dihiasi corak gerbang Shankly berwarna hitam-merah, manakala jaket anthem menampilkan capuchon besar dan tulisan ‘YNWA’. Kasut Samba LFC tampil dengan kulit putih, jalur merah dan logo LFC di lidah kasut.

Sebagai meraikan pelancaran ini, adidas dan Liverpool FC mempersembahkan filem pendek berjudul Your Dream. Our Reality, mengisahkan seorang gadis kecil mengembara dalam dunia mimpi bersama ikon kelab seperti Ian Rush, Mohamed Salah dan Sir Kenny Dalglish.

adidas Malaysia turut menganjurkan pameran pop-up istimewa di Pavilion KL (Aras 3, antara Arabica dan Quivo) dari 4–10 Ogos dengan pelbagai aktiviti termasuk:

  • Champions Wall: menampilkan deretan trofi bersejarah Liverpool FC.
  • Paparan Jersi Baharu: melihat secara dekat koleksi adidas x Liverpool FC.
  • Surat Kepada Pemain: peminat boleh menulis mesej yang akan dihantar terus ke Anfield.

Versi jersi perlawanan dijual pada harga RM549, manakala versi peminat pada RM329 – boleh didapati mulai hari ini di butik adidas terpilih, laman rasmi adidas.com.my/liverpool dan rakan niaga utama.

Ikuti perkembangan lanjut di: