Greenwood sah miliki pasport Jamaica, bakal sertai kelayakan Piala Dunia

89

Mason Greenwood kini selangkah lagi untuk kembali beraksi di pentas antarabangsa selepas memperoleh kewarganegaraan Jamaica serta pasport negara itu. 

Dipetik dari BBC, penyerang berusia 23 tahun itu dijangka menyertai skuad kebangsaan Jamaica bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Bermuda dan Trinidad & Tobago bulan depan.


Greenwood kali terakhir menyarung jersi England pada September 2020 dalam perlawanan menentang Iceland. 

Namun, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau dihantar pulang bersama Phil Foden kerana melanggar peraturan kuarantin Covid-19. 

Sejak itu, beliau tidak lagi dipanggil menyertai skuad England.

Selepas pertuduhan jenayah terhadapnya digugurkan pada Februari 2023, Greenwood meninggalkan Manchester United dan menyertai Getafe secara pinjaman. 

Pada tahun 2024, beliau menandatangani kontrak kekal bersama kelab Ligue 1, Marseille, dan menjaringkan gol dalam aksi pramusim menentang Sevilla baru-baru ini.

Greenwood kini termasuk dalam kempen agresif Persekutuan Bola Sepak Jamaica untuk membawa masuk pemain berdarah Jamaica dari United Kingdom, dengan matlamat layak ke Piala Dunia buat kali kedua selepas edisi 1998. 

Turut terlibat ialah Rico Henry (Brentford) dan Tyrese Hall (Tottenham).