Dhiaa sedia pimpin Malayan Tigress B-20 hadapi Iran dalam misi kelayakan Piala Asia

102

Kapten skuad bola sepak wanita bawah 20 tahun negara, Nur Dhiaa Addin tampil penuh keyakinan menjelang aksi pembukaan Kumpulan F Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 menentang Iran malam ini.

Menurut Dhiaa, tempoh dua minggu kem latihan yang telah dilalui pasukan memberi impak positif kepada keserasian dan komunikasi dalam kalangan pemain.


“Sebagai rakan sepasukan, kerjasama kami perlu seiring dan saling memahami. Saya lihat dalam kem ini, kami berjaya membentuk kombinasi yang baik antara satu sama lain,” 

katanya.

Tambah Dhiaa lagi, dengan pengalaman berharga yang ditimbanya bersama skuad senior akan memberi manfaat kepada rakan sepasukan yang lain.

“Penyertaan saya bersama skuad senior memberikan banyak pengalaman baharu. Saya akan kongsikan pengalaman itu kepada rakan-rakan dalam pasukan ini agar mereka juga lebih bersedia untuk aksi berintensiti tinggi seperti kelayakan AFC.”

Sementara itu, skuad negara kini dalam misi mustahil untuk buat kejutan mara ke pusingan akhir Piala Asia B-20 berikutan hanya juara kumpulan dan tiga pasukan naib juara terbaik dari lapan kumpulan yang akan mara.