Chelsea tumpul di Stamford Bridge walaupun labur £250 juta untuk enam penyerang

61

Chelsea memulakan kempen Premier League dengan keputusan hambar apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Crystal Palace di Stamford Bridge, meskipun menurunkan enam penyerang baharu bernilai keseluruhan £250 juta.

Dipetik dari BBC, Joao Pedro, yang dibawa masuk dari Brighton dengan harga £55 juta, mengetuai barisan serangan, diapit Jamie Gittens (£52 juta, Borussia Dortmund) dan Pedro Neto (£45 juta). 


Cole Palmer, pemain tengah bernilai £40 juta, beraksi sebagai perancang utama di belakang penyerang.

Namun, Palace tampil lebih agresif pada awal permainan dan hampir mendahului apabila sepakan percuma Eberechi Eze menerjah gawang pada minit ke-13, tetapi gol dibatalkan VAR selepas Marc Guehi didapati terlalu hampir dengan benteng Chelsea.

Pada babak kedua, Chelsea menurunkan dua lagi muka baharu – Estevao Willian (£29 juta, Palmeiras) dan Liam Delap (£30 juta, bekas Ipswich). 

Malangnya, kedua-duanya gagal menyempurnakan peluang terhidang, sama seperti pemain gantian Andrey Santos.

Keputusan seri ini memberi isyarat jelas bahawa The Blues masih perlu meningkatkan kreativiti dan ketajaman penyudah sekiranya mahu menyaingi Liverpool, Arsenal dan Manchester City sepanjang musim.

Meskipun ada pihak melihat Chelsea mampu mencabar gelaran, sasaran utama dalaman kelab tetap realistik – menamatkan musim dalam kelompok empat teratas untuk kembali ke UEFA Champions League.