Aguero gembira kembali perkuat Harimau Malaya, sasar prestasi cemerlang di Liga Thailand

99

Penyerang Harimau Malaya, Sergio Aguero gembira apabila dapat kembali menyarung jersi kebangsaan dalam aksi persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Singapura malam tadi.

Bermain di stadium keramat Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Aguero berjaya membantu pasukan menang 2-1 di hadapan lebih 22,000 penyokong yang hadir.


Menurut Aguero, persaingan untuk merebut tempat dalam skuad kali ini sangat mencabar memandangkan ramai pemain berkualiti hadir memperkuatkan pasukan, namun beliau tetap yakin dengan kemampuannya.

“Sudah tentu saya gembira kerana kini ada ramai pemain berkualiti. Sukar untuk dapatkan satu slot, tetapi saya percaya pada diri sendiri. Terima kasih juga kepada jurulatih kerana memberikan kepercayaan,”

katanya.

Mengenai keserasian bersama muka baharu, Aguero mengakui ia berjalan lancar kerana semua pemain memiliki sikap profesional dan kualiti tinggi. 

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai perbandingan liga, Aguero berpendapat tiada banyak beza antara liga Malaysia dan Thailand yang sama-sama kompetitif, apatah lagi dengan kehadiran pemain berpengalaman seperti Andros Townsend dan Aboubakar Kamara.

“Harapan saya musim ini adalah untuk beraksi sebanyak mungkin di Thailand kerana kami mempunyai ramai pemain hebat seperti Dawson, Jose Rodriguez, Kamara. Dengan 12 pemain import, persaingan sengit, tetapi saya mahu buktikan kemampuan dan terus layak dipanggil bersama Harimau Malaya.”