Haziq Nadzli syukur dapat peluang beraksi, janji terus beri yang terbaik

136

Penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli, meluahkan rasa syukur selepas diberi peluang beraksi dalam kemenangan 2-1 ke atas Singapura pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Haziq yang tampil buat pertama kali sejak sekian lama bersama skuad kebangsaan berkata, peluang itu menjadi motivasi buat dirinya untuk terus berusaha keras.


“Alhamdulillah, malam ini semua pemain dapat berikan yang terbaik. Sebagai pemain, saya hanya perlu sentiasa bersedia sama ada diturunkan atau tidak. Bila diberi kepercayaan, insyaAllah saya akan beri yang terbaik,” 

katanya.

Mengulas mengenai momentum pasukan menjelang aksi seterusnya menentang Palestin, Haziq menegaskan skuad Harimau Malaya akan berusaha memperbaiki kelemahan dan tampil lebih mantap.

“InsyaAllah, kita akan cuba tingkatkan lagi prestasi pasukan. Lawan Palestin nanti, kami akan buat yang terbaik.”

Haziq juga mengakui dirinya berasa puas hati dengan persembahan peribadi setelah sekian lama tidak beraksi.

“Happy sebab setelah lama tiada reaksi, malam ini akhirnya dapat berikan sesuatu. Alhamdulillah.”