Onana sah sertai Trabzonspor secara pinjaman
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana dilaporkan bakal melengkapkan perpindahan pinjaman ke kelab gergasi Turki, Trabzonspor.
Dipetik dari BBC, walaupun urusan rasmi masih berjalan, sumber terdekat pemain menjangkakan segalanya selesai tepat pada waktunya untuk membolehkan Onana membuat penampilan sulung menentang Fenerbahce pada 14 September ini.
Jendela perpindahan Turki hanya akan ditutup pada Jumaat, sekali gus memberi ruang masa yang mencukupi untuk menyelesaikan perpindahan ini.ย
Onana kini berada di kem latihan antarabangsa bersama Cameroon, namun situasi itu tidak menjadi penghalang.
Sebelum ini, penjaga gol berusia 28 tahun itu turut dikaitkan dengan Galatasaray, namun kelab tersebut memilih untuk menandatangani Ugurcan Cakir dari Trabzonspor dengan nilai perpindahan berpotensi mencecah โฌ36 juta.
Justeru, Trabzonspor melihat Onana sebagai pilihan ideal untuk mengisi kekosongan tersebut.
Pelepasan Onana atau Altay Bayindir dari United sudah dijangka sejak kelab menandatangani Senne Lammens dari Royal Antwerp pada hari terakhir jendela perpindahan.
Walaupun pihak pengurusan menegaskan mereka selesa dengan empat penjaga gol, ketua jurulatih Ruben Amorim lebih cenderung memiliki skuad kecil berikutan ketiadaan aksi Eropah.
Kini, Trabzonspor percaya kehadiran Onana mampu memberi impak besar kepada cabaran mereka musim ini.