Lima bintang Malaysia sedia gegar Maybank Championship 2025 di KLGC
Semangat kebangsaan bakal berkobar di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Oktober ini apabila lima pemain golf wanita negara bersedia mencabar jaguh dunia dalam Maybank Championship 2025 yang menawarkan hadiah lumayan USD3 juta, menjadikannya kejohanan golf wanita terkaya di rantau ini.
Kelima-lima pemain tersebut – Mirabel Ting, Ashley Lau, Kelly Tan, Liyana Durisic dan Genevieve Ling tampil sebagai sandaran negara, membawa harapan rakyat sempena sambutan Hari Malaysia.
Tumpuan utama pasti terarah kepada Mirabel Ting, bintang muda sensasi yang baru beralih ke pentas profesional.
Tahun lalu, beliau mencuri perhatian apabila menamatkan saingan di kedudukan T12 sebagai satu-satunya pemain amatur.
Pencapaiannya di peringkat antarabangsa juga luar biasa, termasuk pernah bergelar pemain No.1 NCAA Division One, pemain Asia-Pasifik pertama meraih Anugerah Annika, serta menduduki ranking No.2 dunia amatur sebelum beralih ke profesional.
Turut menguatkan cabaran Malaysia ialah Ashley Lau, pemain No.1 negara dan wakil Olimpik 2024, yang konsisten mempamerkan aksi mantap, manakala Kelly Tan, ikon golf negara dan dua kali Olimpian, dijangka menyumbang pengalaman berharga selepas lebih sedekad beraksi di LPGA.
Liyana Durisic, yang mencuri perhatian di Kelayakan ASEAN tahun lalu, kini kembali dengan tekad baharu, manakala Genevieve Ling membawa keyakinan hasil pengalaman kompetitif di Asia dan Australasia.
Penyertaan lima bintang ini bukan sahaja simbol komitmen Maybank terhadap pembangunan golf wanita ASEAN, tetapi juga bukti bahawa Malaysia mampu melahirkan pemain bertaraf dunia.
Oktober ini, KLGCC bakal menjadi saksi Jalur Gemilang berkibar megah di pentas antarabangsa.
📌 Tiket Maybank Championship 2025:
✅ Kemasukan percuma untuk pemegang Kad Maybank & pengguna aplikasi MAE
✅ Percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
🎟️ RM38 Pass Hari Biasa (Khamis & Jumaat)
🎟️ RM68 Pass Hujung Minggu (Sabtu & Ahad)
🎟️ RM88 Pass Musim (Semua Hari)
Maklumat lanjut tiket: Maybank Championship 2025 Ticketing