Djed Spence catat sejarah pemain muslim pertama wakili England
Djed Spence mencipta sejarah apabila menjadi pemain Muslim pertama yang beraksi untuk pasukan senior England apabila melakukan debut dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Serbia.
Perlawanan yang berlangsung pada semalam itu menyaksikan England menang besar 5-0, dan Spence dimasukkan pada minit ke-69 menggantikan Reece James.
Detik ini menjadi satu detik bersejarah bukan sahaja untuk Spence, tetapi juga buat komuniti Muslim di Britain yang jarang melihat wakil mereka tampil di pentas setinggi ini.
Spence, 25, berasal dari London dan mengakui bahawa agama Islam memainkan peranan penting dalam hidupnya.
Beliau kerap berkongsi kata-kata motivasi dan doa di media sosial, dan menyifatkan debut bersama England ini sebagai satu “berkat”.
Menurutnya, kejayaan ini bukan hanya inspirasi kepada kanak-kanak Muslim, tetapi kepada semua yang berjuang mengejar impian.
“Jika saya boleh buat, anda juga boleh buat. Tetapkan niat dan usaha, insya-Allah anda boleh capai,”
katanya selepas perlawanan
Karier Spence bermula di Middlesbrough sebelum berpindah ke Tottenham Hotspur pada 2022. Selepas beberapa kali dipinjamkan, beliau akhirnya berjaya menempatkan diri dalam kesebelasan utama Spurs, malah memainkan peranan penting membantu kelab itu menjuarai Liga Europa.
Debut bersejarah ini turut menyentuh hati kapten England, Harry Kane, yang kelihatan sebak ketika menyerahkan cap debut kepada Spence di bilik persalinan.