Sekys yakin SRG.OG mampu kekalkan kejuaraan MPL MY musim ini

43

Pasukan gergasi MPL Malaysia, SRG.OG, tampil penuh keyakinan untuk mempertahankan kejuaraan mereka pada musim ke-16. 

Pemain bintang pasukan, Sekys meluahkan keyakinannya bahawa kekuatan pasukan terletak pada keserasian dan semangat sepasukan yang sudah terjalin lama.


Menurut Sekys, meskipun mereka bercuti hampir sebulan sebelum musim bermula, pasukan tetap mampu mengekalkan tahap permainan terbaik. 

Namun, beliau mengakui peralihan ke meta baharu sedikit memberi kesan pada awal saingan. 

“Mungkin masa tu kita orang tak 100% adapt dengan meta. Lepas beberapa kekalahan, kita buat post-mortem, lebih telus dengan jurulatih dan beri feedback. Dari situ, kita belajar dan jadi lebih kuat,” 

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pda itu, Sekys turut menekankan bahawa faktor mental adalah cabaran utama ketika terpaksa bangkit dua kali dalam siri perlawanan, tetapi pengalaman itu menjadikan pasukan lebih berdaya tahan.

“Insya-Allah dengan hasil positif di sesi latihan, kita orang yakin dapat kekalkan prestasi dan kedudukan sebagai juara.” 

Sementara itu, beliau turut menyeru peminat untuk terus memberikan sokongan di MPL MY Season 16 yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil. 

“Musim ni insya-Allah akan jadi lebih menarik. Jangan lupa datang support kami.”