Victor Andrag akui Kedah FA masih perlu tajamkan penyudah walau menang 3-1

99

Ketua jurulatih Kedah FA, Victor Andrag, menzahirkan rasa puas hati dengan komitmen para pemain selepas pasukannya menewaskan Malaysian University FT (MUFT) 3-1 dalam aksi Liga A1 di Stadium MMU. 

Kemenangan itu sekaligus menyaksikan Kedah mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini, namun Victor berkata kemenangan tersebut hadir hasil kerja keras dan semangat sepasukan, namun menegaskan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.


“Saya happy dengan pemain sebab komitmen mereka. Tapi masih ada banyak perkara untuk kita tambah baik, terutama bila ada bola dan bila tak ada bola. Masih banyak ruang untuk improve,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Victor turut mengakui pasukannya berdepan cabaran untuk menyempurnakan peluang di depan gol. 

“Kita memang ada kelemahan di bahagian itu. Setiap hari kita cuba work out, cuba perbaiki.”

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai prestasi pasukan ketika ini, Victor menegaskan perubahan tidak berlaku secara drastik. 

“Step by step. Kita kena tegur dan perbaiki supaya pemain faham apa yang saya expect. Ini pasukan baru, pemain datang dari pelbagai latar, jadi kena ambil masa untuk serasi.”

Tambahnya lagi, walaupaun Sang Kenari diperkuatkan oleh beberapa pemain berpengalaman yang pernah beraksi di Liga Super, Victor menekankan bahawa semangat berpasukan lebih penting. 

“Bukan tentang senior player saja. Semua kena beri usaha. Kita cuba main sebagai satu pasukan, bukan bergantung pada individu.”

Sementara itu, Victor berkata pencapaian pasukan setakat ini membuktikan ada kemajuan sejak perlawanan pertama. 

“Overall saya boleh kata ada progression. Tetapi kita kena teruskan dengan apa yang kita drill setiap hari.”