Rashford sekali lagi bantu Barcelona kekalkan rekod tanpa kalah

51

Marcus Rashford kembali menjadi watak penting buat Barcelona apabila membantu jaringan ketiga dalam kemenangan 3-1 ke atas Getafe di Stadium Johan Cruyff, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan Catalan itu dalam saingan La Liga musim ini.

Dipetik dari BBC, penyerang England itu yang hanya dimasukkan pada babak kedua, melakukan larian pantas di sayap kanan sebelum menghantar bola kepada Dani Olmo untuk menyudahkan gerakan pada minit ke-62. 


Sebelum itu, Ferran Torres meledak dua gol pada separuh masa pertama bagi meletakkan Barca selesa mendahului.

Jurulatih Hansi Flick menjelaskan Rashford tidak diturunkan dari awal kerana faktor rotasi, namun media Sepanyol melaporkan beliau hadir lewat ke mesyuarat pasukan pada pagi perlawanan.

Rashford hampir menjaringkan gol peribadi pertamanya di La Liga tetapi percubaannya berjaya dinafikan penjaga gol Getafe, David Soria.

Kemenangan ini memastikan Barcelona kekal di tangga kedua dengan 13 mata selepas lima perlawanan, hanya dua mata di belakang Real Madrid. 

Walaupun beraksi di gelanggang sementara di Stadium Johan Cruyff, Barca kekal konsisten dalam usaha mempertahankan gelaran La Liga musim ini.