Cardiff City kejutkan Burnley, mara ke pusingan 16 Carabao Cup

45

Cardiff City mencipta kejutan besar apabila menyingkirkan pasukan Premier League, Burnley, dengan kemenangan 2-1 di Turf Moor untuk mara ke pusingan 16 Carabao Cup.

Dipetik dari BBC, pasukan dari League One itu mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan Joel Colwill, sebelum abangnya, Rubin, bijak mencipta gerakan yang disempurnakan Callum Robinson hanya lima minit kemudian.


Burnley yang membuat 11 pertukaran dalam kesebelasan utama selepas aksi liga hujung minggu lalu jelas bergelut dengan rentak permainan. 

Mereka sempat merapatkan kedudukan selepas rehat apabila kesilapan hantaran penjaga gol Cardiff, Nathan Trott, dimanfaatkan Zian Flemming dengan rembatan melengkung menakjubkan.

Namun, Cardiff terus kental bertahan dan layak ke pusingan keempat buat kali pertama sejak penampilan mereka di final 2012.