Villa tamat kemarau kemenangan, Emery lega di Villa Park

31

Aston Villa akhirnya menamatkan kemarau kemenangan Premier League musim ini selepas menewaskan Fulham 3-1 di Villa Park, sekali gus melegakan tekanan yang ditanggung Unai Emery.

Dipetik dari BBC, Fulham mengejutkan tuan rumah seawal minit ketiga menerusi Raul Jimenez, namun Ollie Watkins memadam kekecewaan dengan gol penyamaan yang juga mengakhiri penantian peribadinya. 


Villa kemudian bangkit dengan dua jaringan pantas John McGinn dan Emi Buendia dalam babak kedua, menjadikan rekod buruk Fulham berterusan dengan hanya satu kemenangan dalam 22 kunjungan liga terakhir mereka ke stadium tersebut.

Emery meraikan gol anak buahnya dengan penuh emosi, mencerminkan tekanan tinggi yang dipikul selepas permulaan hambar, lima perlawanan tanpa menang dan hanya satu gol liga. 

Bagaimanapun, kemenangan ini hadir hanya tiga hari selepas kejayaan Europa League menentang Bologna, memberi harapan kebangkitan semula.

“Kami tahu kami masih pasukan yang baik dan sukar ditentang. Hari ini kami tunjukkan perkara itu,” kata kapten John McGinn, optimis terhadap momentum baharu Villa.