Dua Gol Kane kukuhkan rekod sempurna Bayern Munich

37

Harry Kane sekali lagi membuktikan statusnya sebagai penyerang terbaik dunia apabila meledak dua gol untuk membantu Bayern Munich menewaskan Pafos 5-1 dalam saingan Champions League.

Dipetik dari BBC, Kane, 32, kini merekodkan 102 gol dalam 105 penampilan bersama gergasi Jerman itu sejak berpindah dari Tottenham pada Ogos 2023 dengan nilai £86.4 juta. 


Musim 2025-26 menyaksikan beliau berada pada prestasi menakjubkan, dengan 17 gol daripada sembilan perlawanan kelab, termasuk 11 dalam lima aksi terakhir.

Aksi di Cyprus, yang juga perlawanan pertama Pafos di laman sendiri dalam sejarah Liga Juara-Juara, pantas dikuasai Bayern. 

Kane membuka jaringan pada minit ke-15 selepas menerima hantaran Michael Olise sebelum Raphael Guerreiro dan Nicolas Jackson menambah dua gol lagi. 

Kane sekali lagi meledak pada minit ke-34 untuk menjadikan kedudukan 4-0.

Pafos sempat merapatkan jurang menerusi sepakan melengkung Mislav Orsic, namun Olise memastikan Bayern selesa dengan gol kelima. 

Bayern hampir menambah jaringan tetapi percubaan Serge Gnabry dan Jackson terkena tiang.

Kemenangan itu mengekalkan rekod sempurna Bayern, sembilan kemenangan berturut-turut musim ini dengan 35 gol dihasilkan.