Denmark belasah belarus, kekal kuasai Kumpulan C

42

Denmark menunjukkan kekuatan sebenar apabila membelasah Belarus dalam aksi Kelayakan Piala Dunia Kumpulan C, sekali gus mengekalkan kedudukan teratas dengan kelebihan tipis berbanding Scotland.

Dipetik dari BBC, pasukan kendalian Brian Riemer bermula garang apabila Victor Froholdt membuka jaringan seawal minit ke-14 sebelum Rasmus Hojlund, penyerang pinjaman Manchester United, menambah dua gol lagi dalam tempoh separuh masa pertama. 


Patrick Dorgu turut mencatat nama sebagai penjaring untuk menjadikan kedudukan 4-0 sebelum rehat.

Pada babak kedua, Denmark terus menguasai permainan dengan Anders Dreyer melengkapkan kemenangan besar melalui dua gol tambahan. 

Secara keseluruhan, Denmark mencatat 24 percubaan dan 839 hantaran, bukti dominasi penuh mereka sepanjang perlawanan.

Kemenangan ini meletakkan Denmark selesa di puncak dengan perbezaan lima gol berbanding Scotland. 

Mereka akan berdepan Greece selepas ini, manakala Scotland dijangka tidak berdepan masalah menewaskan Belarus. Saingan bagi merebut tiket automatik ke Piala Dunia dijangka memuncak dalam dua perlawanan terakhir bulan depan.