Manchester United, Crystal Palace intai Jobe Bellingham
Beberapa kelab gergasi Premier League kini dilapor sedang merancang langkah strategik menjelang jendela perpindahan akan datang, dengan tumpuan utama diberikan kepada bakat muda paling menyerlah di Eropah ketika ini.
Dipetik dari BBC, Manchester United dan Crystal Palace kini sedang memantau rapat perkembangan Jobe Bellingham, pemain tengah berusia 20 tahun milik Borussia Dortmund yang juga adik kepada bintang Real Madrid, Jude Bellingham.
Jobe, yang menyertai Dortmund dari Sunderland pada tahun lalu, telah mempamerkan kematangan luar biasa dalam peranan box-to-box, dan prestasi konsisten bersama kelab Jerman itu telah menarik minat kelab-kelab elit untuk membawanya kembali ke England.
Bellingham dilihat sebagai antara prospek jangka panjang terbaik bola sepak England, dan perebutan untuk mendapatkan tandatangannya dijangka menjadi antara tumpuan utama dalam jendela perpindahan musim panas akan datang.
Jika Manchester United berjaya membawa masuk Jobe Bellingham, ia bukan sahaja menambah kekuatan di bahagian tengah tetapi juga membuka peluang untuk menghidupkan semula era Bellingham dalam Premier League kali ini dengan warna merah Manchester.