TMJ sentiasa di belakang kita, beri sokongan 100 peratus buat Harimau Malaya – Romel Morales

432

Pemain bola sepak kebangsaan, Romel Morales berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya.

Katanya, baginda sentiasa berada di belakang skuad kebangsaan memberikan yang terbaik dan 100 peratus sokongan kepada para pemain.


“Kita sentiasa dapat sokongan yang padu daripada TMJ, baginda sentiasa di belakang kita memberikan sokongan.

Baginda memberikan yang terbaik dan tunjukkan 100 peratus sokongan kepada pasukan kebangsaan,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, Morales menjaringkan gol kedua dan ketiga negara yang menyaksikan Harimau Malaya bangkit setelah ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama.

Dalam pada itu, beliau mendedikasikan kemenangan itu kepada tujuh pemain yang digantung oleh FIFA tempoh hari.

Katanya, kesemua pemain itu berhak berada bersama skuad kebangsaan pada hari ini.

Selain itu, beliau menekankan bahawa penting untuk seluruh negara bersatu pada ketika ini dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Harimau Malaya.