Gol tunggal Mbappe bawa Real Madrid kembali takhta LaLiga
Kylian Mbappe menjadi pemisah antara dua pasukan apabila jaringan tunggalnya memastikan Real Madrid menewaskan Getafe 1-0, sekali gus merampas kembali kedudukan teratas LaLiga daripada Barcelona.
Dipetik dari BBC, Getafe beraksi dengan sembilan pemain selepas pemain gantian Allan Nyom dilayangkan kad merah hanya 44 saat selepas dimasukkan kerana menyiku Vinicius Jr. Real Madrid pantas memanfaatkan kelebihan itu apabila Mbappe menyempurnakan hantaran Arda Guler untuk menewaskan penjaga gol David Soria pada minit ke-80.
Situasi bertambah buruk buat pasukan tuan rumah apabila Alex Sancris turut dibuang padang enam minit sebelum tamat perlawanan akibat menerima kad kuning kedua.
Walaupun Getafe hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan melalui Abu Kamara, sepakan penyerang pinjaman Hull City itu berjaya diselamatkan oleh Thibaut Courtois.
Aksi ini turut disertai protes pemain yang berdiri tanpa bergerak selama 15 saat pada permulaan perlawanan sebagai bantahan terhadap keputusan La Liga mengadakan satu perlawanan di Amerika Syarikat.
Kemenangan ini mengukuhkan semangat skuad bimbingan Xabi Alonso menjelang aksi Champions League menentang Juventus minggu hadapan.