Sean Dyche hampir dilantik sebagai pengurus baharu Nottingham Forest
Nottingham Forest dilaporkan hampir memuktamadkan pelantikan Sean Dyche sebagai pengurus baharu pasukan selepas pemecatan Ange Postecoglou hujung minggu lalu.
Dipetik dari BBC, Postecoglou dipecat hanya 17 minit selepas kekalahan 3-0 kepada Chelsea dalam aksi Premier League, yang menyaksikan Forest kini terperosok di tangga ke-18 dengan hanya satu kemenangan daripada lapan perlawanan.
Rundingan bersama Dyche berjalan positif dalam tempoh 24 jam terakhir, dan peluangnya untuk dilantik semakin cerah menjelang pengumuman rasmi dijangka pada Isnin.
Selain Dyche, nama Roberto Mancini dan Marco Silva turut disebut sebagai calon, namun kedua-duanya berdepan kekangan.
Silva masih terikat kontrak bersama Fulham dengan klausa pelepasan tinggi, manakala minat terhadap Mancini dikatakan semakin berkurangan.
Forest sebelum ini telah menanggung kos besar selepas menamatkan khidmat Postecoglou dan Nuno Espirito Santo, menjadikan Dyche pilihan paling realistik untuk memulihkan semula prestasi pasukan yang bergelut di zon penyingkiran.