Slot berani ambil risiko, Liverpool balas dendam dengan kemenangan 5-1 di UCL

81

Pengurus Liverpool, Arne Slot, membuat keputusan berani dalam aksi Champions League menentang Eintracht Frankfurtapabila merehatkan bintang utama, Mohamed Salah, selepas pasukannya mencatat empat kekalahan berturut-turut. 

Dipetik dari BBC, taktikal berisiko itu termasuk menukar formasi dan menurunkan gandingan baharu Alexander Isak serta Hugo Ekitikebuat kali pertama.


Langkah itu nyata membuahkan hasil apabila Liverpool bangkit garang membelasah Frankfurt 5-1, dengan Ekitike mencuri tumpuan selepas menjaringkan gol menentang bekas kelabnya. 

Keputusan Slot terbukti tepat apabila pasukannya bukan sahaja mempamerkan permainan lebih bertenaga, malah kembali menunjukkan dominasi di peringkat Eropah.

Namun, kemenangan itu turut dibayangi berita kurang manis apabila Isak mengalami kecederaan pangkal paha dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa. 

Slot menjelaskan bahawa penyerang itu baru pulih daripada kecederaan panjang dan akan dipantau rapi.

Dalam masa sama, pemain pertahanan kanan, Jeremie Frimpong, turut mengalami kecederaan hamstring dan dijangka berehat beberapa minggu. 

Walau bagaimanapun, kemenangan besar ini memberi kelegaan besar kepada Slot dan seluruh penyokong Liverpool selepas tempoh sukar yang melanda skuad The Reds.