Harry Kane sasar Ballon d’Or 2026 selepas pecah rekod di Bayern Munich
Penyerang sensasi England, Harry Kane, kini berada dalam prestasi luar biasa bersama Bayern Munich apabila mencatat 20 gol dalam 12 perlawanan musim ini.
Dipetik dari BBC, selepas menamatkan kemarau trofi dengan kejuaraan Bundesligaawal tahun ini, Kane dilihat semakin matang dan bersemangat untuk memburu kejayaan lebih besar termasuk gelaran Ballon d’Or 2026.
Walaupun hanya menamatkan saingan di tangga ke-13 Ballon d’Or 2025, Kane kini berada di landasan terbaik untuk menjadi calon utama anugerah tersebut.
Beliau percaya bahawa kemenangan di Liga Juara-Juara bersama Bayern serta kejayaan membantu England menjuarai Piala Dunia tahun depan bakal mengukuhkan peluangnya.
Jika impian itu menjadi kenyataan, Kane bakal menjadi pemain England pertama sejak Michael Owen pada 2001memenangi anugerah berprestij dunia itu, sekali gus menyertai senarai legenda seperti Bobby Charlton, Kevin Keegan, dan Stanley Matthews.
Bagi Kane, kejayaan itu akan melengkapkan “musim sempurna” dalam karier gemilangnya.