Manchester United sasar bawa Diomande ke Old Trafford pada Januari

120

Manchester United dikatakan sedang memantau rapat pertahanan muda Sporting CP, Ousmane Diomandé, ketika kelab itu merancang rombakan di bahagian pertahanan menjelang jendela perpindahan akan datang.

Menurut laporan media, pengurus United, Rúben Amorim, mahu membawa bekas anak buahnya itu ke Old Trafford selepas pernah bekerjasama di Sporting.


Difahamkan, United sedia menawarkan sekitar €60 juta bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 21 tahun itu.

Bagaimanapun, Sporting masih belum bersedia melepaskan Diomandé dengan mudah, malah dilaporkan menuntut harga lebih tinggi untuk pemain yang menjadi tunjang utama pertahanan mereka musim ini.

Selain United, beberapa kelab lain termasuk Crystal Palace turut dikaitkan dengan minat terhadap pertahanan muda Ivory Coast itu.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak, namun spekulasi perpindahan Diomandé ke Manchester United terus hangat diperkatakan memandangkan pasukan itu sudah bolos 12 gol dalam lapan perlawanan musim ini.