Ronaldo terlepas lagi peluang trofi bersama Al-Nassr, tewas kepada Al-Ittihad dalam King’s Cup

53

Cristiano Ronaldo sekali lagi terlepas peluang merangkul trofi sulung bersama Al-Nassr selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Al-Ittihad dalam saingan King Cup of Champions 2025/26, awal pagi tadi.

Aksi pusingan 16 terbaik itu berlangsung tegang sejak awal apabila Karim Benzema membuka jaringan untuk Al-Ittihad menerusi sepakan tajam dalam kotak penalti.


Al-Nassr sempat menyamakan kedudukan hasil gerakan berpasukan kemas sebelum Houssem Aouar kembali meletakkan Al-Ittihad di depan sebelum rehat.

Memasuki babak kedua, Al-Ittihad terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas minit ke-49 susulan kad merah yang dilayangkan kepada pertahanan mereka.

Namun, kelebihan itu gagal dimanfaatkan oleh Al-Nassr, walaupun menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang keemasan.

Benzema dan Aouar menjadi nadi penting buat Al-Ittihad di bawah kendalian Marcelo Gallardo, manakala Al-Nassr yang dibimbing Luís Castro terpaksa akur tersingkir awal daripada kejohanan berprestij tersebut.